Date : 29 Apr - 5 May 2014
Line : 11 orang (Aisya, Ad, Fuzzy, Talha, Sham, Syida, Fisol, Phob, Sanusi, Ustaz Azrin, Arie)
Organizer Program : Nature Explorer by Sham
Guide : 3 orang (David, Masso & Jwel)
Tentative Program :
29 April - Fly from KL to Miri, Caving @ Niah
30 April - Fly to Bario, start trek to Pa'Lungan
1 May - Cont trekking. Pa'Lungan - Long Repun
2 May - Cont trekking. Long Repun - Long Raban - Church Camp
3 May - Summit attack! Church Camp - MURUD Summit - Church Camp
4 May - Start descend. Church Camp - Batu Linanit - Lepo Bunga - Pa'Rabata - Natad Ghurka - Be'kalalan
5 May - Fly back to Miri. Fly to KL
Alhamdulillah, Gunung Murud akhirnya berjaya kami tawan. Pada ketinggian 2423m dan merupakan gunung yang tertinggi di Sarawak. Dan ke-4 tertinggi di Malaysia.
Congrats kepada semua peserta xpdc, dan juga tahniah kepada semua wakil Gogo yang terlibat. Aisya, Ad, Fuzzy & Talha.
Tahniah juga kepada mereka yang telah grad G5. Ad, Fuzzy, Talha & Ustaz Azrin.
Its such an awesome journey. Awesome trail. Awesome experience ever!
Line-up yang superb, u guys seriously laju giler. Jenuh aku nak mengejornya.
Agak ketinggalan dibelakang yang merupakan 'last group' Aku, Fuzzy & Syida. Even that, the gap takde laa jauh sangat bak kate dorang. Aku yang pura-pura nak mengambil gambar disepanjang trek hanya laa lakonan semata-mata just untuk melepaskan lelah mendaki. Walaupun hanya seminit dua, tapi ianya betul-betul membantu. Sempat jugak psiko pada trek untuk ke Church Camp, yang mana terpaksa meredah selut dan lumpur. Seriously agak stress disitu. Mungkin kerana Jambatan Sukacita ( Joy Bridge) yang menghubungkan dari junction persimpangan Be'kalalan, Bario ke Church Camp hampir musnah separuh-separuh. Sepanjang trek memikirkan kenapa jambatan itu tidak dibetulkan untuk kemudahan pendaki. Rupanya jambatan itu hanya tuk kegunaan sekali setahun untuk upacara keagamaan bagi yang menganut agama Christian pada setiap bulan July setiap tahun. Dan setiap kali itu laa, mereka akan mula membaiki jambatan tersebut. *tak pasal2 Sanusi yang ketika itu berada dibelakang aku, dengar aku membebel skali. Suh potong xmau katenyer. Nahh, amik! Kena tempias bebelan. Tergelak besar Fuzzy & Sanusi.
Menu yang superb menjadikan xpdc kami kali ni sangat2 best! Manakan tidak, nasi yang dibekalkan oleh guide & porter adalah dari beras Pa'Lungan. Apabila dimasak agak sticky, makan bersama sambal ikan bilis tuk lunch pack ketika trekking. Sangat sedapp! Untuk makan malam, antara menu adalah daging salai masak lemak, sambal sotong, sayur goreng campur dengan cendawan hutan (petik ketika trekking hokey!), Tom Yam bebola ayam dan ditemani dengan air teh kundur yang sangatt2 tempting. Hahhaaaa
Tergelak organizer dek kerana aku request biskut Hup Seng tuk cicah bersama air teh malam2. Selama neik gunung, aku laa orang pertama request biskut kering katenya. Dan ternyata, biskut itu akan menjadi kudapan wajib setiap kali masuk hutan.
Hari last ke Be'kalalan merupakan hari membunuh bak kate Kak Syida. Tatkala pagi, selepas turun dari Batu Linanit, menuju ke Lepo Bunga trek adalahh menurunn, menurun dan terus menurun. Aku senantiasa berhati-hati dalam setiap langkah walaupun cuba tuk mengejar group di hadapan dan ternyata tidak berhasil. Dah aku katakan tadik, mereka semua adalah sangat laju. Bak kate Fuzzy, rasa kite dah laju. Tetapi ternyata dorang super-duper laju.
Sampai di Lepo Bunga, merupakan trail yang paling azab antara hari-hari lain. Melalui trek 4x4 tatkala berjalan dibawah sinaran matahari yang tegak di kepala terus menjadikan trip xpdc Murud kali ni trip #kobunuhjeklaakaminibang. Hahahaaa. Manakan tidak, tuk ke Natad Ghurka, terpaksa melintasi trek 4x4 menusuri laluan hutan yang mendaki tanah merah yang tiada pokok, tiada bayangan yang terus mencanak, dan mencanak. Berpaket-paket air Kukubima telah kami bancuh dan minumm untuk sampai ke destinasi yang tuju. Diselangi dengan nyanyian lagu 'menjaga hati' oleh Yuvi & Nonu, gelak ketawa, akhirnya berjaya kami tempuh hingga ke signboard besar NATAD GHURKA. Dan selepas itu, melayan trek turunnn, turunnn dan terus turunnnn. Jauhhh giler rasenya ketika itu. Hingga akhirnya kami semua sampai ke jambatan buluh yang menghubungkan ke Be'kalalan. Melalui ladang kerbau dengan permandangan yang sangat-sangat cantik. Langit membiru. Awan memutih. Berkepul-kepul. Tak dapat view sedemikian rupa di KL. Sangat cantik.
Btw, starting dari Bario lagik view adalah sangat cantik. Like i mention, langit biru hokey! Lawaa. Sangat! Permandangan di Buduk Murud a.k.a puncak Murud yang sangat awesome. Melalui Kebun Bunga yang sangat indah. View Batu Linanit yang sangat indah, awesome & superb. View di Lepo Bunga pun lawa. Seriously, sangat cantik!
Sesungguhnya, sangat indah ciptaan-Mu.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. U guys are rocks!
Saling memberikan dorangan antara satu same lain. Superb!
Antara trip yang indah dalam hidup aku.
Gonna be missed u guys desperately.
#JourneytoPeak
#JourneytoRemember
Jomm layan video hasil Fisol yang superb! Million thanks Fisol.
Your truly,
Gogo Aisya
Nak tau every details? sile ke sini
xoxo
Wow.. GoGoNyZeR best!
ReplyDelete