Tuesday, 8 April 2014

Kenaboi Adventure Race

Event dah berlalu 2minggu lepas.. event yang agak tough with 6 task yang agak lain dari yang lain...

11.00pm dah ada yang mula menghuni Q Bistro Bandar Seri Permaisuri... dan seorang demi seorang mula menampakkan diri.. yang terakhir sekali adalah org yang paling dekat la... Chua n Afzan..

Selepas late supper dan sesi perkenalan untuk Gogo Star ✴✴✴ Iaitu.. Eenaa, Cik Farah dan juga Shah... perjalanan bermula untuk 3 kereta... menuju ke Kenaboi Adventure Race.. Negeri Sembilan.

Pejalanan diteruskan ke arah Sungai Congkak sebelum mengambil selekoh Sungai Tekala.. yang dianggarkan dr Bandar Seri Permaisuri sekitar 1 jam 30minit. Jalan yang agak bengkang bengkok membuatkan beberapa peserta tewas di tengah jalan.

Dalam Jam 3am kami sampai di Masjid Kenaboi... dan mula pasang tempat tidor di wakaf masjid. Ada kira2 2 3 jam sebelum mempersiapkan diri bagi race esok.

Chua.Afzan.Tiqot n Cik Farah sampai kira2 jam 5am. Azan subuh semua peserta mula bgn dan bersihkan diri bagi solat Subuh dan juga untuk race.

7.00am semua Gogo Star bergerak ke tapak registration bagi Kenaboi Adventure Race.  Que yang agak panjang... dan hari yang hujan malam tadinya menyebabkan 1 xtvt terpaksa dibatalkan.. iaitu water tubing. Semua peserta kelihatan pasrah... dengan apa yang diputuskan demi keselamatan peserta.

Permulaan yang dijangka akan awal akhirnya bermula lambat sekitar 8.45am br acara pelepasan. Untuk race ini.. Group Gogo menghantar 8 Team (include gogo outdoorfreak).
1. Gogo Bertingkek2
2. Gogo Tigo Tangkai
3. Gogo Jambotan Bosi
4. Gogo Biso Bonar
5. Gogo Den Da Koba
6. Gogo Apo Kono Ehh Jang &
7. Gogo

Hari yang bermula dingin yang disangka sampai kepetang.. cuma bertahan 1/2 jam kerana selepas itu cuaca mula panas.. dan kehangatan mula terasa. Bahang mula menjadi lawan dalam diri...  Langkah kaki diteruskan ke CP 1. Sampai disana Gogo Outdoorfreak telah tidak kelihatan.

Group Gogo Neg 9 mula berkampung menyiapkan task mengikat tali seperti tali kapal. Memang payah kerana semua peserta x pernah buat dan juga Marshall hanya ada seorang mengakibatkan suasana agak tegang... 1 persatu Group Gogo mula menyiapkan tugasan... dimulai dengan Gogo Bertingkek2... dan Gogo Biso Bonar...

Game plan mula diaturkan kerana beranggapan sekiranya salah seorang peserta dah sampai ke CP seterusnya.. tugasan boleh disiapkan awal.. tapi meleset sebab untuk CP2 dan seterusnya checkin harus dilakukan secara berpasangan.

Tugasan kedua membaling getah dalam lidi agak mudah diselesaikan. Dan perjalanan diteruskan ke CP3 ... "down hill" membuatkan perjalanan labih laju untuk kebanyakan peserta..

CP3 adalah membuat lastik bagi lelaki dan wanita pula melastik tin dalam jarak 8meter. Kami berjaya selesaikan CP ini dengan laju...

Ke CP4 kami mula berjalan dan sesekali berlari... CP4 punya task adalah mengangkat pasir sungai sebanyak 20kg dr sungai dan juga bowling kelapa. Aku memilih untuk memikul diatas bahu ganu berisi pasir sungai 20kg. Untuk mempercepatkan masa.

Bila kami mula meninggalkan CP4 ramai Gogo Team yang dah sampai ataupon menuju ke CP ini... Amy bro.. mula berlari berseorangan meningalkan pasangannya.. mahu mencipta rekod peribadi katanya..

CP5 adalah Check point terakhir bagi task ini... memerlukan peserta meredah selut dan tali air yang memang membasahkan kasut sehingga ke peha.. dilengkapi dengan xtvt Caving yang mencabar.. dimana cabarannya adalah memerlukan peserta untuk menunggu giliran bagi Caving  yang cuma muat seorang pada 1 masa..

Bila kami dah keluar dr CP5 dengan kasut yang basah.. kami berjalan sepanjang 4km diatas panas terik yang membakar keseluruhan badan.  Genap 2.00pm kami berjaya menamatkan siri Kenaboi Adventure Race 2014 dengan jayanya.. TQ so much to my bff buddy as pasangan sepanjang race ni.. Aisya Kamal u... rock..

No comments:

Post a Comment