Event : Gunung Nuang via Janda Baik
Date : 1 June 2014
Line-up : 14 orang (Antara Gogo yang terlibat adalah Aisya, Fuzzy, Afzan & Zue)
Aku da banned Nuang!
Aku da banned Nuang!
Tup-tup, akhirnya aku tewas tatkala ajakan Kak Syida ku sayang. Ternyata ke-windu-an tuk trekking bersama terpancar setelah misi xpdc Murud awal bulan May haritu berjaya dengan ohsemnya. Seriously, windu sangat tuh. Terus lupe yang aku pernah banned Nuang sebelumnya.
Masa lapang dipejabat ku isikan dengan men-google trail Nuang via Janda Baik. Dan ternyata trail agak boley masuk akal bagi aku. Bak kate Kak Syida 'aisya da neik Murud kann, musti laa neik Nuang kacang jek'. Hahahaaaa. Hanya emoticon 'senyum' jek yang ku reply.
Pagi ahad yang agak awai, kami bersarapan tuk tenaga yang bakal dikerah ke puncak nanti. Menyantap nasi goreng pepagi bute seawal 6 pagi sebelum bergerak untuk berkumpul di R&R Genting Sempah. Dari situ barulah kesemua orang bergerak dengan kenderaan masing-masing ke starting point.
Perjalanan dari starting point a.k.a parking lot ke Air Terjun Chemperoh hanya mengambil masa 50min ke sejam bergantung kepada stamina masing-masing. Permulaan trekking kena melintasi anak sungai. Langkah di atur dengan hati-hati supaya kasut tidak basah. Nasib Timberland waterproof. Walaupun aku langkah dengan penuh cermat, semata-mata tuk pastikan aku tidak bertrekking dalam keadaan kasut basah. Perjalanan menuju ke air terjun harus laa melalui laluan kebun sayuran oleh penduduk tempatan. Hingga lah trek memasuki hutan.
Dari air terjun Chemperoh, da start trek pacak hingga ke puncak. Pacakk, mencanakk dan terus pacakk hingga sampai permatang. Tapi ada jugak bonus tatkala menghadap pacak yang menggiler. Ohhh lupe, nasib baik tiada pacat di Nuang. Maybe sebab cuaca kering sekarang ni.
Setiba di permatang, cuaca sejuk mula meliputi tubuh yang basah akibat peluh ketika ber-trekking. Dan akhirnya sampai di satu tempat yang mana ada batu besar di situ. Kak Syida cakap, kalu da jumpa batu besar tu, lagik 10 minit jek nak sampai puncak. Dan ternyata, setelah hampir 3 jam 45 minit trekking, puncak Nuang berjaya kami tawan. Nuang adalah gunung yang tertinggi di Selangor. Dengan ketinggian 1495m, cuaca di puncak adalah sangat sejukk! Best2! Sampai jek, terus carik port tu lunch sementara menantikan orang reda. Ketika itu, ramai kat puncak pun.
Berselfie, bergambar bagai nak rak, dengan pelbagai kerenah dan gaya akhirnya tiba masa tuk turun ke bawah semula. Hampir 2 jam jugak kat puncak. Siap makan Whittakers & Famous Amos laa kat puncak nun.
Start trekking turun senang sikit, tapi perlu hati-hati. Kena pandai mengatur langkah bak kate Fuzzy, silap haribulan boley jatuh tersungkur. Lagik parah. Tapi ketika turun laa lagik senang bagi aku, tenaga yang diperlukan tidak seperti semasa mendaki. Tetapi make-sure kuku kaki dipotong terlebih dahulu. Kalu x, memang silap laa. Hinggakan ade sorang minah tu gelakkan aku kerana potong kuku on track! Hahaaaa aku sorang jek yang potong kuku on track katenyer.
Sempat jugak melayan air terjun, sebelum sampai semula ke starting point. Air sejukk! Hingga ke tulang sejuk nya.
Ternyata, trek ke Nuang via Janda Baik akan ku ripit demi kengkawan. Sebab best. Puncak sejuk.
So guys, biler nak naik lagik ni? Jomm!
Your truly,
Gogo Aisya
Click sini tuk gambar yang ohsem yaa!
No comments:
Post a Comment