Tuesday, 11 March 2014

Gogo @ Bukit Kutu

Event : Bukit Kutu 1050m
Date : 1 Mac 2014
Antara team Gogo yang terlibat : Aisya, Tiqott, Cua, Afzan, Zin & Faezi

Plan asal ke Chilling, memandangkan minggu pertama bulan Mac kami tidak merancang apa2 aktiviti pun. Hanya bertumpu kepada training tuk event Brooks pada 9 Mac nanti.
Walaupun demikian, kami lebih suke 'plan last minute' kerana itu lagik menjadi dari plan yang dirancang rapi pada awal nya. Tiap kali event memang agak Havoc jadinya.

Ajakan dari kawan Cua, Kak Kay membawa kami satu team ke Bukit Kutu yang pada paras ketinggian 1050m. Yang bakal menjadi puncak ke-3 Gogo pada tahun ini. Memandangkan salah seorang team, AisyaKamal telah mengistiharkan bahawa #misi1bulan1gunung bagi memenuhi training ke Murut hujung April kelak.

Perjalanan trek bermula di Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Baru. Trek mengambil masa 3 jam tuk sampai ke puncak. Trek boley dikatakan mendatar, pacak. Dan rasanya banyak yang mendatar dari pacak. Terdapat juga kesan kebakaran pokok buluh antara trek. Mungkin juga cuaca Malaysia yang sangat kering dan panas. Dinasihatkan membawa air yang mencukupi bagi mengelakkan dehydration yang melampau ketika ber-trekking. Check-point terakhir, merupakan batu besar. Dari sini, dianggarkan 1jam lagik tuk sampai ke puncak.

Landmark ke puncak merupakan Chimney lama tinggalan zaman British, ada 2 telaga disitu. 1 sudah dipenuhi sampah, dan 1 lagik air masih boley digunakan untuk menyejukkan badan tat kala panas terik bertrekking.

Bukit Kutu mempunyai puncak berbatu. Mempunyai pemandangan 360'. Dari situ terlihat empangan Selangor yang air nya menggering. Memerlukan tangga tuk sampai ke atas nya. Akan dinasihatkan agar berhati-hati tuk memanjat. Kelak tersalah langkah, bakal mengundang kecelakaan yang mungkin boley membawa maut.

Trek ke starting point hanya mengambil masa 1 1/2jam. Kami bersihkan diri di sungai. Solat, makan malam dan bersurai.


















No comments:

Post a Comment