Trip yang dinantikan oleh Gogonyzer Members.
Tak ramai yang follow pon, dr Gogonyzer sekitar 6 orang.. koz trip ni just tumpang trip En Jaapar dr Kampar.. yang sekarang memang menjadi guide hutan sekitar Perak..
Line up kali ni Chua, Afzan, Fuzzy, Kay, AisyaKamal dan Zin...
Bergerak dr KL 4am.. dengan Chua menjadi driver ... Afzan ,Kay and AisyaKamal menjadi passengers. Mula mendaki pukul 1010am.. disertakan dengan lepak yang amat lama di setiap checkpoint. Mission memang nak bersantaian. Afzan n AisyaKamal sampai campsite sekitar jam 5pm. Chua , Kay dan En Jaapar+team dalam pukul 6.30pm.
starting point di Air Terjun Batu Berangkai. Cua & Afzan park kereta di sekitar umah2 orang asli. Aisya & Kay berselfie sementara menantikan yang lain. hihii
bermula dengan melintas anak sungai melalui palong air.
Clue Cua : kalu jumpa rumah ni, kompom anda tidak akan sesat. Hahhaaaa
Aisya & Afzan in action. Berhenti berehat sekejap sementara menunggu yang lain. Dan ternyata, kelibat mereka tiada kelihatan sebelum meneruskan perjalanan.
Pewot lapa masa ni, Break di antara balak di sepanjang trek. Menikmati Red Bull beserta coklat KitKat Bites. Nampak x muke puas kat situ? Huhuuu
minum dulu yaaa...
bertemu dengan Cik Lai dan isteri di last check point. Berenti sekejap sementara menunggu yang lain.
dan finally, da sampai!
menikmati lunch yang sempat ditapau pagi tadik. Walaupun quantiti tak de banyak, tapi bile dikongsi bersama rase semua nya cukup.
Afzan da jauh kedepan masa ni. Hanya Aisya & Amirul yang tertinggal di belakang. sementara yang lain, pun jauh ditinggalkan oleh kami. =P
Amirul in action
Trek selepas last checkpoint adalah sangat mencanak!
Sementara itu, Afzan dah sampai check point masa ni. Sempat bergambar2 katenyer. Ni la Cik Lai & isteri. Kawan Cua
kem budak2 sekolah Alam Shah, Putrajaya. Total 30org.
Dinner in progress
Fuzzy n Zin baru mula mendaki jam 6.30pm. Memang agak cuak koz starting point yang agak bercelaru. Try gamble dengan Zin dan berdasarkan sedikit guide dr Chua.. Akhirnya berjaya jumpa rumah org asli di tengah hutan. Clue Chua.. kalau jumpa rumah org asli tengah hutan. Mean jalan tu betul la...
Perjalanan diteruskan.. pada ketinggian 480meter dr aras laut, Zin call Afzan tanya berapa ketinggian campsite.. Afzan memaklumkan.. 1085meter.. berbekalkan semngat tinggi.. Zin n Fuzzy mendaki setiap 100meter dengan semangat..
Kalau diikutkan daya.. kederat.. tenaga.. serasa dah tiada.. yang tinggal hanya `semangat`..
Alhamdulillah, Fuzzy dan Zin sampai sekitar 1145pm. Mandi, solat dan seterusnya menyantap.
Pada jam 11.45pm Zin n Fuzzy sampai ke campsite dimana.. Chua baru nak menyuluh tuk memulakan pencarian aka rescue Zin n Fuzzy. Nampak tak semangat setiakawan disitu.. :-)
Sementara Zin n Fuzzy melepaskan lelah..Chua menghangatkan Kopi Panas.. dan Lauk2 dinner.
Zin n Fuzzy decide untuk membersihkan badan sebelum mula menjamah makanan. Setelah badan segar.. lauk diperangatkan semula.. dan mula menikmati dinner. Cik Aisya pula menjadi penanggah kami malam ini..
Selepas sejam. Masa untuk tidur.1.30am
Esoknya bangun dalam pukul 8am. Cik Lai menyediakan sarapan dibantu oleh sang isteri dan juga AisyaKamal and Kay.. sekitar jam 9am kami bersarapan. Sblm memulakan perjalanan ke puncak yang dijangka memakan masa dalam 2 jam tuk sampai.
menghabiskan ration yang ada. Kalu x jenuh nak hangkut balik turun. huhuuu
antara menu pagi : roti telor, nasi goreng, sambal ikan bilis, sausage blackpepper, kari dading cicah roti, air kopi.
Kami agak impress sebab puncak berjaya ditawan dalam masa 67minit. Ketinggian gunung adalah 1233meter. Puncak pertama bg year 2014. Puncak pertama dengan haversack bagi Aisya Kamal.. Puncak Pertama selepas 4 gunung yang cuba ditawan oleh Afzan...Syukur walaupun rintangan yang dihadapi.. berjaya juga kami menawan puncak Gunung Bujang Melaka.
aisya, fuzzy, afzan & zin @ peak Gunung Bujang Melaka.
Dari Puncak ke Campsite Lebah masa diambil adalah 45minit. Kemas semua barang n siapkan haversack dlm 30minit perjalanan turun ke kaki gunung diteruskan. Gogonyzer berpecah kepada 2 group.. group hadapan AisyaKamal, Afzan dan Zin... Group belakang Chua, Kay dan Fuzzy..
line up GBM2014. bergambar kenangan sebelum turun ke starting point.
Dalam perjalanan turun terdapat 3 group.. 1st group Batu Gajah.. Group UITM, dan juga group Sek Men Subang Jaya.. dalam 120 murid. Seriyes ramai...
sementara tunggu Cua, Kay, Fuzzy sampai. Sempat solat dan masak meggi di Air Terjun Batu Berangkai.
Pukul 7.30pm kami sampai di kawasan perkampungan.. lepak makan meggi masakan AisyaKamal.. huhu amat menyelerakan.. Teruskan sisa perjalanan ke kereta.. Zin mintak diri untuk balik ke Kuala Selangor.. tinggal kami 2 kereta.. Chua+Afzan+Kay 1 kereta.. AisyaKamal+Fuzzy 1 kereta..
Kami bergerak ke kampung Haji Dahlan... dan bermalam disini.. rumah mak sedara Aisya Kamal.. peramah sekali keluarganya..
Keesokkannya kami bergerak ke Ipoh untuk tutup trip GBM2014 dgn Nasi Vanggey Ipoh.. malangnya kedai tu tutup.. so makan di Kedai Nasi Kandar Salim.. boleh la... hahahha... sempat berjumpa dgn Yap.. yg juga baru balik dr trip gunung Chendariang kalau x silap.. trip sondol.. lama x trek dengan Yap.. maybe next time.
carboload @ Restoran Nasi Kandar Salim.
singgah di sini sebentar.
Terus ke umah ibu Chua, berehat, dan solat.
Bergerak ke KL, sebelum itu sempat singgah ke Kellie's Castle. Selfie, makan eskrem.
Ambil kereta di RTC Gopeng, dan terus ke Kuala Lumpur melalui jalan lame.
Nasib ada waze, yang boley meninjau keadaan trafic pada ketika itu.
Masuk PLUS melalui Trolak, berehat di R&R Ulu Bernam untuk dinner.
Perjalanan diteruskan. Exit Rawang. Terus menuju ke Permaisuri.
Sampai sekitar jam 12 tengah malam. Sekian.
Tak sabar tuk menunggu trip2 lain pula. Yang pasti, setiap detik itu memang berharga. Yang boley diceritakan pada yang lain kelak.
Jumpa lagi guys..
~Tutup~
****************************************************************************
****************************************************************************
Log ke Gunung Bujang Melaka
31Jan2014
5am - Berkumpol di Permaisuri, setting bag & bertolak
630am - Sampai di R&R Rawang. Solat. Breakfast.
730am - Bergerak ke Kampar
900am - Tiba di Masjid Kampar. Tapau makanan tuk lunch
945am - Tibe di starting point. Air Terjun Batu Berangkai
1010am - Start trek ke GBM
1109am - Tibe di Pondok Buah
130pm - Tibe di last Check point & ada water station mase ni.
500pm - Tibe di Kem Lebah
1Feb2014
1145am - Trek ke Puncak GBM
1230pm - Sampai Puncak GBM
130pm - Turun ke Kem Lebah
215pm - Sampai Kem Lebah
300pm - Start turun ke starting point Air Terjun Batu Berangkai
630pm - Tibe di air terjun
Trek ke starting point ke Kem Lebah - 6jam
Trek ke Puncak GBM - 67min
Trek turun dari puncak ke kem - 45min
Dari kem Lebah ke starting point Air Terjun Batu Berangkai - 3.30jam
No comments:
Post a Comment