Monday, 17 February 2014

Air Terjun Sg Lepoh..

16 Jan 2013.. 4 gogo bersantaian di Sg Lepoh... agak lama jugak tak kesini.. penulis pon sampai sini hampir 2 tahun dulu.. so tak ingat sangat la jalan ke lepoh nie..

Niat di hati nak bersantaian layan trek yang manja2 nakal.. dan chua n afzan berjaya untuk sampai ke waterfall dan 56 minit.. manakala penulis n aisya kamal sampai ke waterfall 20minit kemudian.. maybe kami letih koz jumaat malam berlarian 10km di putrajaya..

Permulaan trek akan dimulai dengan menyeberang sungai.. denai buluh.. diikuti denai pokok getah.. denai durian.. dan baru la mula trekking dalam denai hutan..

Trek adalah agak landai untuk 40minit pertama.. dan apabila mula berjalan tepi paip air besar barula pendakian bermula..

Yang paling sengsara adalah trek pacak.. yang menghapus sisa2 tenaga.. selepas trek pacak yg agak nakal nie.. perjalanan kembali landai..  dan terus menuju ke air terjun kira2 20 minit..Disini dah ramai pendaki lain yang dah sampai..

Sampai di air terjun masa untuk mengisi perut.. Nasi Lemak.. berserta 3 sambal.. sambal sotong.. ikan bilis dan ikan bilis kering.. menjadi lawan kepada nasi lemak yg dibungkus daun pisang. Air milo 3 in 1 menjadi ganti kepada menu wajib air kopi... telur digoreng... siap semuanya.. masa untuk makan.. yeah..
Penulis.. Afzan dan juga Chua sahaja yang mandi.. aisya berspa di atas batu.. sambil menikmati view waterfall.

Dalam keramaian org bermandian ada juga yang memancing ikan.. yg istimewa.. umpannya adalah meggi.. letak je pancing ikan makan.. letak je pancing ikan makan.. yg memancing adalah budak pompuan berusia 8 or 9 tahun.. dibantu oleh joran bapanya..  antara moment yang kami semua nikmati.. rasanya ikan yang budak tu dapat adalah ikan tengas.. entah la..
Masa yang diperlukan untuk trekking turun adalah 45minit.. dr waterfall sampai ke kereta..  kami bersihkan badan n mandi.. terus menuju ke kedai makan.. dalam pukul 8pm penulis sampai kerumah.

Dalam pukul 4.30pm ... masa untuk balik... menikmati lapik perut.. roti telur... roti tuna.. lepas tu persiapkan semua barang kedalam beg.. masa untuk trek turun..

~tutup~

 Antara yang hadir! Dari kiri Cua, Fuzzy, Aisya & Afzan
 Start trek dalam pukul 1035 pagi. 
 Mari menggoreng telor! Oleh chef aisya. Lallaaalalaa
 Berlatar belakangkan air terjun Lepoh.
 Ketika ini tinggal group kami sahajo. Sementara Afzan wrap up everything!
 Memasing mencari shot2 menarik untuk dimuat turun kan ke dalam insta kann guys...hahahaaa
'Untung laaa, ada spa'...hahahaaa bak kate abang tu.


No comments:

Post a Comment