22 Feb 2014 :
Biasanya kalau nak ke Gunung daerah Hulu Langat setau aku.. hanya Gunung Nuang yang ada.. tapi kali nie lain sikit.. Gunung Hitam organized by Budak Kaki Gunung (BKG).. so we all Team Gogonyzer pun men-featuring kan diri.. dari Gogo Fuzzy.. aD aka mem.. AisyaKamal .. Afzan.. Zulia diikuti dengan Zin n Anna...
Preparation tuk gunung Hitam : just make sure bawak air secukupnya kerana 70% perjalanan non hado punca air.. Dan memandangkan cuaca panas dan kering, memang silap laa jika tidak membawa air dengan secukupnya.
8.00am kami sampai di area Balai Polis Batu 18 Hulu Langat.. sempatlah basahkan tekak dan beli makanan untuk bekalan bawak ke puncak. Lama jugak nak bergerak dari sini sebab kami menunggu Team Outdoor Wolrd Adv (OWA) n BKG sampai..
9.00am kami bergerak berbelas kerete ke parking starting point.. perjalanan berkereta memang hazab kerana terpaksa meredah jalan yang tak rata.. dan kereta aku yang berskirting tu memang melambatkan sikit perjalanan. Suddenly terdetik dihati kalau ada 4 wheel kan senang, tapi we all manage tuk sampai tanpa sebarang masalah.
10.00am kami semua ready tuk hiking.. sedikit informasi dan taklimat oleh para guide dari team OWA. Selepas sedikit senaman ringan dan iringam doa kami pun memulakan perjalanan menuju puncak Gunung Hitam. Permulaan jalan adalah rimbunan buluh.. dan lebih kurang 45minit kami sampai ke rumah orang asli. Dan perancangan Team Gogonyzer adalah untuk duduk depan bagi expedisi ini.. kerana ini adalah latihan untuk team Gogonyzer ke Gunung Murut akhir bulan April nanti.
Dari rumah orang asli perjalanan adalah 45' hingga 70' ... ianya agak menyeksakan. Mungkin disebabkan kami selalu bermarathon .. jadi kami senantiasa berada dibelakang guide...Afzan terus trekking dengan pace nya yang agak laju. Agak ketinggalan aku, aD, Aisya dan Zulia.
Sepanjang trek adalah kering.. dan gunung Hitam adalah trekking yang senantiasa menaik, pacak.. yang menuntut kerja keras untuk membawa diri dan bebanan. Ada juga kawasan hutan yang terbakar .. mungkin terkena panaham petir ataupon keadaan terlalu panas.Banyak juga batu-batu besar sepanjang perjalanan. Semakin menghampiri puncak keadaan semakin sejuk.
2.30pm kami menakluki puncak. Tanpa berlengah kami mula memasak air untuk membancuh kopi dan nasi lemak sambal sotong menjadi santapan kami.. terasa puas dapat menikmati air panas dikala sejuk. Team Gogo mula memakai jaket Adidas sebagai penebat n bahan panas keatas diri..
Bergambar kumpulan dan selfie Team Gogonyzer... kami mula memulakan untuk menuruni Gunung Hitam.
4.30pm Team Gogonyzer memulakan perjalanan turun ke kaki gunung.. Rupanya perjalana turun lebih mencabar kerana kami perlu menuruni curam yang agak tegak. Semua dilalui dengan penuh perhatian dan berhati-hati. Kami cuba untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Aku berjalan dengan Zulia. Kami agak laju di depan berbanding ad dan AisyaKamal yang berada di belakanng. Setelah kami memintas team Guide OWA. Kami terus bergerak berdua lebih laju ke kaki gunung. Hasilnya semasa sampai ke rumah org asli aku dan Zulia merupakan 5 org pertama sampai ke situ.
Setelah semua peserta Gunung Hitam sampai ke rumah org asli. Kami bergerak keluar ke parking kereta yang memerlukan 1/2 jam trekking. Panahan lensa menyebabkan perjalanan sedikit lambat.. sememangnya Team Gogonyzer sangat suka bergambar. 6.30pm kami selamat tiba..
Sememangnya ini merupakan antara Gunung DayPack yang agak mencabar kerana kecerunan yang agak payah untuk didaki dan juga dituruni. Ini juga antara punca rata-rata peserta yang pergi agak lambat untuk trekking turun.
Apa pun kami berjaya menutupi Bulan Febuari dengan Expedisi Gunung Hitam dengan jayanya.. syukur ke hadrat ilahi.
Misi 1 Bulan 1 Gunung - berjaya!
~
tutup~
senaman ringan a.k.a melonggarkan sendi2 yang ketat sebelum memulakan ekspedisi Hitam. bagi mengelakkan segala ketengangan semasa pendakian.
antara ahli team Gogo yang mengikuti ekspedisi Hitam
bergambar sebelum menakhluk puncak Gunung Hitam pada ketinggian 1210m.
berehat di pondok orang asli sebelum memulakan ekspedisi.
fuzzy & ad
aisya & zulia
kesan daun kering, kawasan terbakar jelas kelihatan sepanjang trek.
antara batu2 besar yang dilalui ketika perjalanan ke puncak
Finally tibe dipuncak setelah hampir 4 jam trekking. masing2 terus menikmati bekalan yang dibawa tanpa menoleh kebelakang. hanya ketika bergambar sahaja, masing2 terus memandang lensa kamera tanpa disuruh.
Group photo. bergambar kenangan di puncak bersama.
Team Gogo + BKG + OWA
pada ketika ini, hanya team Gogo yang tinggal dipuncak bergambar sakan. sementara yang lain sudah mule meninggalkan puncak.
bergabung meletop! Menyuunto pada ketinggian 1160m (sebenarnya 1210m) dan 1600 kcal burn.
sebelum turun, solat. mencari arah kiblat melalui kompas yang juga dibawa tuk setiap trip.
Perjalanan pulang melalui jalan yang sama. Masing-masing tidak sabar tuk sampai ke starting point. Yang pasti kepuasan menakluk satu lagik gunung terpancar disetiap riak muke yang berjaya sampai ke puncak!
We made it guys! again..